Powered By Blogger

Friday, October 22, 2010

SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG by S.R

PART 2

“Norli!” sergah Mimi dari belakang.

Norli terkejut. Dia cepat-cepat menoleh ke arah sepupunya itu.

“Hari ini, tidak ada latihan kebudayaan di kelab. Tapi aku masih belum mahu pulang. Beritahu pada mak, aku balik lewat sedikit.”

“Eh, aku tak pulang tengah hari ini, Mimi! Aku dengan Razman ada kerja di Kelab Kesausteraan,” balas Norli. “Kamu telefonlah ke rumah, beritahu mak. Maaflah.”

Mimi terdiam. Dia berasa cembur melihat Norli banyak menghabiskan masa dengan Razman. Mereka berdua sungguh mesra. Sejak berkawan rapat, mereka berdua tidak pernah keluar dengan teman-teman lain. Mereka seolah-olah membina dunia mereka sendiri.

Lamunan Mimi terhenti apabila dia terpandang seorang pelajar lelaki yang tinggi dan segak.

“Norli! Kau kenal tak budak tu?” Tanya Mimi sambil menunding ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri dekat pintu pagar sekolah.

Norli menoleh dan menggeleng-geleng.

“Aku tak kenallah! Kenapa?”

Mimi tidak menjawab. Norli memandang ke arah Mimi yang tersenyum meleret.

“Okeylah, Norli! Aku akan telefon mak nanti. Aku pergi dulu!”

Mimi bergegas meninggalkan Norli tetapi matanya tak lepas-lepas memandang pelajar yang tinggi dan segak itu.

Norli tersenyum sendirian sambil berjalan kea rah bilik Kelab Kesausteraan. Dia pelik dengan perangai sepupunya.

“Hai, kalaulah Mimi budak segak itu tahu siapa Mimi! Hmm.. janganlah Mimi memikat budak itu pula,”keluh Norli.

Pintu bilik Kelab Kesausteraan terbuka luas. Kelihatan Razman dan Aida sedang sibuk menyemak karya-karya yang mereka terima daripada pelajar-pelajar sekolah itu.

Aida adalah pelajar sekelas Norli. Dia anak seorang pegawai bomba. Gadis berambut kerinting itu ditugaskan menyunting karya bahagian kesenian majalah bulanan kelab tersebut. Dia digelar weird girl oleh rakan-rakannya kerana suka mengumpul benda-benda pelik. Antara koleksi kegemaranya ialah tag harga, daun kering dan serangga yang diawet. Razman pula adalah pelajar tingkatan enam atas dan merupakan jurufoto yang aktif. Razman telah merancang beberapa projek fotografi untuk majalah itu dan juga untuk pameran pada hari terbuka itu nanti.

“Hai geng!” tegur Norli sambil meletakkan beberapa buah buku di atas meja. “Ada apa-apa perkembangan? Ada karya yang best?”

“Ada juga..satu dua. Sebenarnya aku sedang memukuk Razman menolong aku menyunting ruangan kesausteraan ‘Putera Puteri’,” jawab Aida lalu tersengih. “Salah kau juga, tak dapat tolong aku. Sibuk sangat.

Sebulan dulu, Aida meminta Norli menolongnya menyunting ruangan kesausteraan majalah itu. Dia tidak cukup tangan hendak membuat semuanya sendiri. Malangnya, Norli juga tidak mempunyai kelapangan kerana dia sibuk dengan ruangan ‘Pandang dan Dengar’ majalah kelabnya.

“Aku harap kau tidak kisah, Norli. Aku terpaksa pinjam Razman kau!”

Norlii tersenyum, mengangguk dan menjeling kea rah Razman.

“No problem!” jawab Norli.

Razman tersenyum dan mengangkat kening.

“Aida, bila majalah ‘Putera Puteri’ kau tu nak keluar?” Tanya Norli

“Secepat mungkin..sebelum cuit,” jawab Aida lalu mengeluh panjang. “Aku terima banyak karya. Aku terpaksa pilih yang terbaik sahaja. Bakinya kau boleh siarkan dalam majalah bulanan Kelab Kesausteraan kau. Ha.. cerpen dan sajak kau, aku confirm siarkan! Razman pula dah berjanji akan menyediakan semua foto yang aku perlu termasuk foto untuk kulit majalah,”

“Aku harap, projek fotografi aku menjadi,” sampuk Razman. Dia sibuk meneliti gambar-gambar yang berselerak di atas meja.

“Aku harap pengetua kita, Cikgu Murad dan Cikgu Lim akan berpuas hati dengan hasil kerja kita,” kata Norli.

“Itu yang aku risau. Aku rasa macam tak cukup masa nak siapkan projek aku,” getus Razman dengan kening berkerut.

Don’t worry! Kita akan berkerjasama!” ujar Aida dengan bersemangat.

Norli memandang ke arah Aida. Walaupun cuba menaikkan semangat mereka, dia kelihatan murung. Macam ada sesuaty yang menggangu fikiran Aida.

Razman yang sibuk dengan fotonya berlalu ke makmal dan meninggalkan Aida dan serta Norli.

“Aida, aku tengok kau macam ada masalah,” kata Norli, memecah kesunyian.

Aida tidak menjawab. Dia merenung wajah Norli. Setahu Norli, Aida berkawan rapat dengan Herman Malukun, pelajar tingkatan enam atas. Herman budak Kadazan dari Sabah.

Norli menunggu dengan sabar.

“Sejak kebelakangan ini, aku ada problem dengan Herman. Aku kecewa dengan sikap dia. Sebab itulah aku sibukkan diri di kelab ini. Aku bimbang sesuatu yang buruk terjadi kepada kami,” sambung Aida dengan suara yang sayu.

Norli terkejut mendengar pengaukuan Aida. Tapi benar seperti kata orang, sedangkan lidah lagi tergigir… Herman, anak pengusaha pelancongan dari Sabah itu tinggal bersama-sama keluarganya yang baru membuka resort di Bandar Indera Putera. Herman mempunyai seorang adik lelaki yang belajar di tingkatan empat. Perangai Herman dan Clarence jauh berbeza. Herman peramah dan humble tetapi Clarence pula sangat sombong. Mungkin disebabkan Clarence, perhubungan Herman dengan Aida retak. Tambahan pula mereka berlainan agama.

“Aku bersimpati kepada kau Aida.”

Aida tersenyum tawar.

“Terima kasih, Norli. Aku harap, kami akan dapat mengatasi masalah ini.”

Norli memandang wajah Aida yang ditabiti kesedihan. Dia segera mendoakan kebahagiaan sahabatnya itu.

Ketika berjalan pulang petang itu, Norli menyoal Razman tentang masalah Herman dan Aida. Razman hanya menggeleng.

“Aida tidak pernah bercerita tentang hal peribadinya kepada aku,” kata Razman.

“Katanya tadi, dia dengan Herman ada problem,” kata Norli. “Dia kecewa dengan sikap Herman.”

“Aku no komen!” tegas Razman.

Razman dan Norli sampai di simpang jalan. Mereka terpaksa mengikut haluan masing-masing.

“Aku harap mereka akan berbaik semula,” kata Norli sambil memandang wajah Razman.

Razman mengganguk, mengiyakan cakap Norli.

See you,” bisik Razman.

Norli hanya tersenyum.

BERSAMBUNG..

No comments:

Post a Comment