BAB 2
PART 1
Hampir semua pelajar tingkatan enam rendah sekelas Lilie Tan mempunyai buku autograph.
Petang semalam, Lilie Tan, Mimi, Zarina dan Lalitha Devi telah bersama-sama ke supermarket di Bandar Indera Putera. Mereka telah membeli dua dozen buku autograph beraneka warna. Kemudian mereka menjualnya kepada rakan-rakan sekelas yang tidak berkesempatan pergi membelinya.
Apa lagi? Masing-masing cuba menunjuk bakat dan kreativiti mereka hias ruangan biodata buku autograph mereka. Mimi yang aktif dalam Kelab Kebudayaan itu mula sibuk berkempen, menyuruh rakan-rakannya di kelab menyertai aktiviti itu. Lilie Tan mengajak semua yang menyertai aktiviti anjurannya berkumpul.
“Okey, mari kita bertukar-tukar buku autograph! Aku tukar dengan Zarina. Lalitha Devi tukar dengan Pushpa..Err..tukar suka sama suka!”
Maka sibuklah mereka bertukar-tukar buku autograph dengan rakan pilihan hati
“Hmm..best! dalam buku Zarina ni, kolum pertamanya bertajuk Gadis Paling Kelakar!” kata Lilie Tan yang sudah bertukar buku autograph dengan Zarina.
“Siapa?” Tanya Lalitha Devi.
“Siapa lagi? Kaulah!”
Lalitha Devi tersengih dan mengangguk-angguk.
Kolum pertama di dalam buku autograph Mimi pula di catatkan tajuk Jejaka Paling Sombong. Di bawah tajuk itu tertera nama Clarence Malukun. Mimi memang sakit hati dengan jejaka tampan berambut kerinting yang bongkak itu. Dia pernah keluar dengan Clarence tetapi pulang dengan sambil memaki hamun kerana Clarence memberikan layanan buruk kepadanya.
Selepas berpuas hati dengan buku autographnya, Mimi bertukar buku autograph dengan Edlin. Tajuk pertama autograph Edlin ialah Pasangan Istimewa. Nama pasangan yang tercatat ialah Norli dengan Razman. Mimi tersenyum sinis. Baginya, Norli dan Razman adalah pasangan yang membosankan. Mimi menyelak lagu buku autograph itu. Tajuk seterusnya ialah Otak Paling Geliga. Mimi segera menulis nama Rajan yang suka mengelentong pelajar-pelajar perempuan.
“Bagus! Rajan akan menjadi seorang ceti yagn bujak dan berpotensi apabila tamat sekolah nanti!” ujar Mimi dalam hati. Dia tersenyum sendiri.
Seisi kelas sibuk dengan aktiviti buku autograph. Guru mereka Puan Theresa Choo tidak mengajar hari itu. Sebab itulah mereka dibenarkan membuat aktiviti masing-masing.
Dalam buku autograph Zarina, di bawah tajuk Jejaka Tampan tercatat nama Johan Rahman atau lebih dikenali sebagai JR.
“Hoi! Siapa JR?” Tanya Lilie Tan.
“Kau tak kenal JR…budak upper six yang tinggi dan handsome tu?”
“Budak upper six? Entahlah aku tak kenal pun! Nampaknya aku dah terlepas berita istimewa! Ehem! Macam mana rupa dia?”
“Handsome?” sampuk Edlin
“Segak dan smart,” tambah Pushpa. “Tapi dia pemalu sangat!”
“Yalah! Aku cuba nak berborak dengan dia tapi dia terkulat-kulat pula. Tapi aku suka tengok die senyum. Aduh mak, manisnya..!” seru Zarina.
Mimi yang sejak tadi memasang telinga tidak melepaskan peluang untuk bertanya.
“Apa nama penuh JR?” Tanya Mimi
“Johan Rahman. Anak Mufti Masjid Bandar Indera Putera,” jawab Zarina.
Mimi memandang ke arah Zarina. Dia hairan bagaimana Zarina boleh tahu begitu banyak hal Johan Rahman.
“Kau macam dah kenal rapat dengan JR.”
“Taklah..maksud aku belum lagi! Bapanya selalu datang ke rumah aku, minta derma untuk masjid. Bapanya imam masjid.” Jawab Zarina.
“Oh, anak Tuk Imam!” kata Mimi
“Aha..jangan potong jalan! Kau bukan tak tahu, dia taste aku!”
Jantung Mimi berdegup kencang mendengar pengakuan Zarina. Dia tidak menyangka Zarina juga menaruh hati kepada JR, pelajar upper six aliran sains yang menjadi idamanya itu,
“Tapi JR tak berapa nak layan aku,” jawab Zarina. “Kau masih ada peluang!”
“Hoi! Kalau dah bercerita fasal boyfriend, lupa dunia!” sergah Lilie Tan.
“Tengok ni!” seru Edlin, “Nama Mimi tercatat di bawah tajuk Jaguh Mengurat!”
“Dalam buku autograph ini pun tercatat nama Mimi sebagai jaguh mengurat,” sampuk Lilitha Devi lalu ketawa.
“Mimi! Sekejap sahaja kamu sudah jadi jaguh!” usik Zarina.
Muka Mimi terus masam mencuka.
“Aku bukan kaki menguratlah!” jerit Mimi.
“Ah, sudahlah Mimi! Bukan kaki mengurat, konon! Hari pertama aku masuk ke sini lagi aku dah taju kau paling terkenal!”
Telinga Mimi berdesing mendengar tuduhan Lilie Tan itu. Merah padam mukanya.
“Itu dulu! Sekarang aku dah pencen!” balas Mimi
“Kalau begitu, kami nak letak nama kau bawah tajuk apa?” sampuk Lalitha Devi, membuat lawak.
“Suka hati kamu semualah,” jawab Mimi dengan suara hambar. Mentang-mentang aku ramai kawan lelaki, senang-senang cap aku kaki mengurat!”
“Jangan merajuk, Cik Mimi sayang! “Kan ini Cuma untuk suka-suka,”kata Edlin.
Ketika mereka sedang riuh rendah, Johan Rahman lalu. Zarina menyiku Lilie Tan.
“JR,” bisik Zarina. “Handsome kan?”
Mimi terkejut. Dadanya terasa berdebar-debar apabila terpandang JR. mimi tunduk apabila JR emnoleh ke arah mereka. Hasratnya hanya satu. Dipendamnya hasrat itu untuk seketika.
“Hmm…,” gumam Mimi
BERSAMBUNG..

bez..ema tggu cite strusnya...
ReplyDeletenama plng menarik>> Johan Rahman..
sme je ngan org yg ema syg...huhu..
xpe..kalo de mase free nnt kite akan slalu update cite ne kayh..
ReplyDelete