Powered By Blogger

Tuesday, October 19, 2010

SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG by S.R

Part 1

Semester ketiga dan terakhir persekolahan sudah bermula. Peperiksaan juga sudah selesai. Pelajar-pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tinggi Indera Putera sibuk dengan aktiviti masing-masing. Mereka kelihatan riang sekali. maklumalah mereka sudah tidak payah berlajar lagi.

"Mimi!" panggil Lilie Tan sambil mengerling ke arah Mimi yang sudah masuk ke dalam kantin. "Mari duduk sini."

Ketika itu, kantin sudah penuh dengan pelajar-pelajar yang sedang berehat. Mimi berasa lega apabila melihat ada tempat kosong di sebelah Lilie Tan. Dia terus duduk sambil melepaskan satu keluhan. "Hai kantin penuh sesak hari ini? Ada acara istimewa ke?" tanya Mimi

"Entahlah. Tak ada pula hidangan istimewa di kantin hari ini!" jawab Zarina lalu menyedut air oren di depannya. Dia memandang ke arah daput kantin. Mukanya herot-berot mencemek tukang masak kantin sekolah itu. Semua gadis yang duduk semeja dengan Zarina ketawa geli hati melihat muka Zarina.

"Benar kata Zarina tu! Tak macam makanan di restoran piza, 'kan?" sampuk Lalitha Devi

Restoran yang disebut oleh Lalitha Devi itu merupakan restoran yang eksklusif di di Bandar Indera Putera. Zarina pula sering makan di restoran itu pada setiap hujung minggu. Siapa tak tahu, Zarina mempunyai pilihan tersendiri tentang pakaian dan makanan serta kegiatan seharian.

" Kami semua sedang menunggu dan menunggu. Mimi!" kata Pushpa tiba-tiba. "Lilie Tan sudah berjanji untuk memberitahu kita mengenai rancangan istimeawanya, aktiviti buku autograf. Tetapi dia membuat kita tertunggu-tunggu !"

"Buku autograf?" tanya Mimi, tecengang. "Apa bendanya tu?"

Lilie Tan menyelak rambut yang terjuntai di dahinya yang putih melepak.

" Aku dah terangkan dulu! Ini adalah aktiviti istimewa. Kamu semua akan tertarik dengan aktiviti ini!"

Lilie Tan dilahirkan di Bandar Indera Putera tetapi berpindah ke Kuala Lumpur, mengikut keluarganya berpindah-randah. Ayah dan ibu Lilie Tan bertugas sebagai guru. Kemudian keluarga Lilie Tan berpindah semula ke Bandar Indera Putera semasa Lilie Tan di tingkatan tiga.

Lilie Tan dimasukkan ke Sekolah Menengah Tinggi Indera Putera. Dia menjadi popular di sekolah itu kerana bergaul rapat dengan pelajar lelaki terutama pelajar tingkatan enam atas. Mula-mula masuk Lilie Tan sangat sombong. Tetapi sikap sombongnya hilang apabila dia dipulaukan oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah itu.

“ Beri tahulah buku autograph apa?” Tanya Mimi lagi. Dia sudah tidak sabar lagi hendak tahu apa rancangan Lilie Tan.

“Okey ! Kamu semua dengar baik-baik…,” kata Lilie Tan. Dia berasa bangga kerana menjadi tumpuan. Dia menelan liurnya dan melilaukan mata ke arah rakan-rakan di depannya. “Sesiapa yang ingin menyertai aktiviti menulis buku autograph itu mesti membeli buku autograph masing-masing. Kemudian tulis nama dan biodata masing-masing di muka pertama. Biasanya, kita mencatat sesuatu untuk kenangan sahabat kita! Tapi kali ini lain. Setiap muka buku autograph itu hendaklah ditulis dengan beberapa tajuk sepeti Jejaka Kaca, Jejaka Idaman, Jelita Popular, Bintang kelaka, Gadis Jelita, Kaki ICT, Ulat Buku, Jaguh Lepak, Jaguh Sukan dan lain-lain kamu rasa sesuai, kemidian kita bertukar-tukar autograph. Kamu mesti mengisi nama yang kamu fikirkan sesuai di bawah tiap-tiap tajuk itu. Autograph itu hendaklah diedarkan tiap-tiap hari sehingga semua muka surat penuh. Kita juga boleh menambah tajuk baru setiap hari!”

“ Wow Lilie! Bagus rancangan kamu ini sangat menarik!” kata Zarina. Suaranya yang kuat menambahkan keriuhan kantin itu.

“Aku rasa keliru sedikit,” sampuk Lalitha Devi. “Sebenarnya, apa tujuan kita menulis buku autograph itu? Bukankah itu membuang masa sahaja!”

“Cik Lalitha, tujuannya untuk suka-suka! Sekadar mengisi masa sementara menunggu cuti!” jawab Lilie Tan sepatah demi sepatah.

Lalitha Devi tersengih. Dia tahu bahawa Lilie Tan berasa bengang kepadanya.

“Misalnya, di dalam buku autograph kamu ada tajuk Kaki Mengurat ! Kamu tulislah nama rakan kita di sekolah ini yang suka mengurat! Kalau kamu fikir Mimi kaki mengurat, ha…kamu tulis nama Mimi! Selepas itu, edarkan buku autograph itu kepada rakan-rakan yang lain pula. Kamu lihatlah apa yang mereka tulis. Hujung minggu, kita berkumpul dan senaraikan siapa yang jadi juara setiap tajuk. Bukankah itu saru aktiviti yagn lain dari yang lain!”

“Hei Lilie! Siapa kata aku kaki mengurat?” Tanya Mimi.

“ Helo kawan! ‘Kan itu hanya sebagai contoh! Aku beri Lalitha Devi contoh supaya dia mudah faham rancangan aku ini!” jawab Lilie Tan sambil mengeluarkan buku kecil dari poket skirtnya. “Tengok! Ini contoh buku autograph masa aku bersekolah di KL dulu!”

Lilie Tan menghulurkan buku autograph itu. Masing-masing berebut hendak melihatnya. Keadaan di situ menjadi kecoh.

“Wah, ini sudah bagus! Kata Pushpa.

“Eh! Lihat ini, kolum bertajuk pujaanku!”

“Hebat!” sampuk Zarina. “Lihat ini..Jejaka Sombong! Okey! Kita mulakan hari ini juga!”

“Hei, nanti dulu! Kita mesti tanya rakan-rakan yang lain sama ada mereka ingin mengambil bahagian atau tidak. Kalau satu dua yang berminat, tak seronoklah.,” tingkah Lilie Tan. “Di sekolah aku dulu, semua ambil bahagian!”

“Ehem! Satu idea yang menarik!” kata Mimi. “Nanti kita akan dapat tahu apa yagn orang lain fikir tentang kita.

Mimi yakin, melalui aktiviti itu dia akan dapat tahu pandangan orang tentang dirinya. Sekurang-kurangnya, dia tahu siapa yang suka kepadanya. Siapa tahu, dia merbut gelaran pelajar paling popular di sekolah itu. Bukankah dia Presiden Kelab Kebudayaan Sekolah? Mungkin juga dia akan mendapat gelaran pelajar tercantik..Mimi dilamun impian. Dia tidak menyedari Norli, sepupunya berdiri di sebelah dengan sepinggan mi goreng.

“Oi, tolong ke tepi sikit! Aku nak duduk. Semua tempat di kantin hari ini penuh,” sergah Norli

Mimi terkejut dan tergamam.

“Duduk di sini Norli,” panggil Lilie Tan seraya menganjak punggung dan member ruang unutuk Norli duduk.

“Kami sedang berbincang mengenai buku autograph!” kata LIlie Tan sambil terkedip-kedip memadang ke arah Norli yang sedang menyuap mi goreng. “Kamu patut ambil bahagian. Aktiviti ini akan menjadi kemuncak sebelum tutup semester persekolahan kita tahun ini!”

“Buku autograph? Aku tak pernah dengar pun! Buku dermakah? Buku Kebajikankah?” Tanya Norli dengan selamba.

“Aik, sejak bila kau berubah? Selalunya, pagi petang asyik cakap pasal cinta sahaja!” peril Lilie Tan.

Lilie Tan terpaksa mengulangi penerangannya. Sesekali, Zarina dan Mimi menyampuk. Mereka telah mendapat ilham untuk menambah tajuk-tajuk yang istimewa. Norli mendengar dengan sambil lewa. Dia sibuk dengan mi gorengnya.

“Hoi, kau dengar tak?” sergah Lilie Tan apabila mendapati Norli acuh tak acuh.

“Aku dengarlah! Rancangan kau ini memang luar biasa, Lilie! Tapi, apa jadi kalau orang rak suka baca apa yang kita tulis dalam buku autograph tu?” Tanya Norli lalu memandang Lilie Tan sekilas sebelum menyuap mi gorengnya.

Mimi dan Lilie Tan berpandangan. Norli seperti tidak bersetuju dengan rancangan itu. Tetapi alasan Norli itu ada logiknya.

“Norli dengar sini! Aktiviti ini hanya untuk mengisi masa…suka-suka. Kita harap tidak ada sesiapa yang tersinggung nanti. Anggaplah semuanya hanya gurauan!” jawab Zarina, mendahului Lilie Tan yang terkebil-kebil dan hilang punca.

Norli mengangkat bahu tanpa sepatah kata. Anak peneroka tanah rancangan itu adalah sepupu Mimi. Dia belajar di sekolah Menengah Tinggi lndera Putera itu sejak dari tingkatan satu lagi. Dia yang meminati bidang penulisan telah dilantik sebagai penulis ‘Pandang dan Dengar’, majalah bulanan Kelab Kesausteraan sekolah. Dia amat berhati-hati apabila menulis kerana tidak mahu ada yang tersinggung dengan ruangan gosipnya itu.

“Norli berilah sokongan,” kata Mimi

“Eh sepupu lawan sepupu!” kata Zarina lalu ketawa. Kemudian yang lain turut ketawa, termasuk Norli dan Mimi.

Norli dengan Mimi, sungguhpun mereka sepupu tetapi kelihatan seperti adik beradik. Wajah Mimi dengan Norli seiras hinggakan rakan-rakan mereka selalu salah cam. Tetapi, perangai mereka jauh berbeza. Bak kata orang tua-tua, macam langit dan bumi.

Mimi seorang gadis yang lincah. Dia sukakan kelainan dan suasana ceria. Dia tidak banyak cakap tetapi gemar mencuba sesuatu yang baru. Apa sahaja makanan atau minuman baru di pasaran dia akan berusaha mendapatkannya. Kalau ada fesyen baru pakaian atau rambut dia akan mencubanya. Pernah sekali dia cuba memotong gaya ‘punk’. Malah, kalau ada pelajar baru dialah yang paling dahulu mendampinginya.

Norrli pula serius, tegas dan cermat. Dia suka menghabiskan masa dengan buku dan aktiviti sekolah, terutamanya aktiviti ko-kurikulum. Dia juga terlibat dalam penerbitan majalah sekolah, ‘Putera Puteri’. Dia bercita-cita menjadi soerang penulis yang terkenal. Kalau ada kelapangan selepas waktu sekolah, dia akan duduk di Kelab Kesausteraan bersama rakan baiknya, Soo Lee dan Razman.

“Dengar sini!” seru Norli, mematikan kebisingan rakan-rakanya itu. “Mungkin juga aktiviti buku autograph kamu itu tidak ada kesan buruk. Aku baru sahaja terfikir..”

“Ha memang betul!” sampuk Mimi, dia berbingkas bangun dari tempat duduknya. “Petang ini juga aku akan pergi membeli sebuah buku autograph.

Mereka ketawa melihat gelagat Mimi dan Norli. Norli sibuk takutkan perkara buruk. Mimi pula sibuk dengan rancangannya.

“Mimi..Mimi..” keluh Norli sambil menggeleng.

Mereka bersurai apabila loceng tamat waktu rehat berbunyi..

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment