Powered By Blogger

Thursday, November 4, 2010

SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG BY S.R

BAB 2
PART 2
Cuaca panas pada petang rabu itu sangat panas. Mimi berjalan pantas menuju ke bilik Kelab Kebudayaan. Tiba-tiba dada Mimi berdebar-debar. Degup jantungnnya bertambah kencang. Dia terpandang JR di hadapan bilik Kelab Sukan yang juga sedang memandang ke arahnya. JR yang memakai tracksuit sedang bercakap dengan Lim Lee, kapten pasukan bola sepak sekolah. Turut bersama mereka ialah Farid dan Jefry, dua pemain handalan pasukan bola sepak sekolah.
“Inilah peluang aku untuk berkenalan dengan JR,” fikir Mimi.
Debaran di dada Mimi kian reda. Dia menghampiri budak bertiga itu. Dia menegur Lim Lee dan pura-pura bertanya mengenai perkembangan pasukan bola sepak sekolah.
“Err..Mimi lupa aku nak kenalkan. Jejaka macho ni, ayam tambatan baru pasukan bola keranjang sekolah kita, Johan Rahman. Panggil dia JR sahaja!” kata Lim Lee apabila menyedari mata Mimi asyik melirik ke arah JR.
Mimi memandang JR.
“Hi” sapa Mimi. Dia malu-malu. Debaran di dadanya datang semula.
“JR, yang ini Mimi, tau. Kau jangan keliru antara Mimi dan Norli di sekolah ini. Wajah mereka seiras,” sampuk Farid lalu mengenyit mata kearah Mimi.
Mimi tersipu-sipu. Menyesal pula rasanya dia menegur Lim Lee tadi. Dia tidak menyangka Farid berani mengenyit mata kepadanya. Tentu JR menyangka dia budak lincah dan easy.
Dalam pada itu, Mimi mencuri-curi pandang kearah JR. Lim Lee, Farid dan Jefry sibuk bersembang tentang bola sepak. Mimi hanya membisu seribu bahasa sambil mendengarkan perbualan mereka. Dia hendak ikut berbual tetapi tidak ada idea langsung. Tiba-tiba JR menoleh kearah Mimi.
“Mimi hendak ke mana?”Tanya JR, lembut.
Mimi terkejut. Dadanya berdebar semula.
“Err..errr..I nak ke Kelab Kebudayaan. Petang ini ada latihan drama,” jawab Mimi dengan tergagap-gagap.
“I nak pergi jumpa Cikgu Siva. I ada discussion dengan dia. Bolehlah kita jalan sama,”kata JR.
Farid, Lim Lee dan Jefry tersengih-sengih memandang Mimi dan JR yang melangkah meninggalkan mereka. Farid kemudiannya menggeleng-geleng. Beberapa bulan yang lalu, dia pernah date dengan Mimi.
“Dah lama Mimi masuk Kelab Kebudayaan?” Tanya JR.
“Sejak tingkatan satu lagi,”jawab Mimi
Dalam hati Mimi ada seribu cerita hendak dikongsi dengan JR. Namun entah kenapa lidahnya terasa kelu.
“Err..errr..sudah lamakah Johan bermain bola keranjang?” Tanya Mimi dengan tergagap-gagap.
“Sejak I di tingkatan dua lagi. I sebenarnya suka bersukan. I juga bermain badminton, tennis dan sepak raga. Tapi lebih menumpukan pada permainan bola keranjang. Mungkin sebab I tinggi!”
Lembut benar suara JR pada pendengaran Mimi. Mereka terus berjalan seketika. Puas dia memerah otak untuk meneruskan perbualan dengan JR. Apakah yang terjadi kepada Mimi? Dia yang terkenal bermulut becok macam murai, tiba-tiba bisu apabila berhadapan dengan JR.
“I kena balik ke tingkat atas, Mimi. I gembira dapat berkenalan dengan you,” kata JR.
“Oh, ya! Err..terima kasih. I juga gembira dapat berkenalan dengan you,” jawab Mimi perlahan. Dia memandang kearah JR yang menaiki tangga ke tingkat atas.
“Huh!” keluh Mimi. Tapi dia rasa amat kesal. Kenapalah dia nervous sangat sampat tak dapat bercakap tadi? Kenapa dia jadi macam patung bernyawa tadi? Tentu JR rasa dia amat membosankan. Tentu lain kali JR akan mengelak darinya.
Mimi masih memikirkan JR apabila dia disergah oleh Lilie Tan. Rupa-rupanya dia sudah sampai di depan Kelab KEbudayaan.
“Hoi! Apa ni? Berkhayal lagi?”
“Err..tak adalah! Jawab Mimi.
“Jangan nak soroklah. Aku Nampak tadi!”peril Lilie Tan.
Mimi tidak memperdulikan Lilie Tan. Dia terus ke bilik persalinan. Dia menukar pakaian dan mengenakan baju kurung kedah untuk sesi latihan drama petang itu.
Ketika Mimi sibuk menghafal skrip dramanya, bebrapa ahli kelab yang lain masuk. Antaranya ialah Suria, Julie dan Pushpa.
“Hebat betul JR bermain bola keranjang!” kata Pushpa. “Dia sungguh aktif. Gayanya memikatlah!”
“Aku dengar ramai yang nak pikat dia tapi dia tak layan!” kata Julie pula.
“Rehat pagi tadi, dua tiga orang budak form five mengusik dia. Dia langsung tak layan mereka. Dia buat don’t know! Aku rasa dia dah ada mak welah!” sampuk Suria
Mimi tiba-tiba diserang perasaan cemburu. Sakit telinganya mendengar nama JR disebut-sebut oleh rakan-rakannya. Meluap-luap perasaan Mimi. Dai tak sanggup mendengar gossip mengenai Jr.
“Okey, rakan-rakan seemua!” seru Mimi dan tegas. “Kita mulakan latihan sekarang!”
Suasana kecoh tadi mati tiba-tiba. Masing-masing memandang kearah Mimi yang tidak pernah bertindak sepeti itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Malam itu, Norli memerap di biliknya. Dia sedang sibuk meneliti karya-karya sejarah untuk majalahnya. Dia tidak sempat memilihnya di sekolah tadi.
Seketika kedengaran pintu biliknya di ketuk.
“Masuklah! Pintu tak berkunci. Kau ke, Mimi?” Tanya Norli
Mimi terjengul di pintu bilik Norli
“Hoi! Periksa dah habis! Kau masih mengulang kaji lagi?”
“Taklah aku! Aku semak karya-karya sejarah untuk majalah kelab!” jawab Norli sambil menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas katilnya.
Mimi terus duduk di atas katil, di sebelah Norli.
“Norli, aku nak Tanya sikitlah….!”
“Tanyalah! Kau ada problem ke?”
Norli memandang Mimi.
“Aku ni teruk sangatkah? Kenapa rakan-rakan cop label aku sebagai kaki mengurat?” Tanya Mimi sambil merenung mata Norli.
Norli ketawa terkekeh-kekeh sampai terguling-guling. Mimi memandangnya dengan muka masam.
“Kau kena label kaki mengurat?”Tanya Norli selepas ketawanya reda,
“Ya! Mereka tulis dalam buku autograph tu! Sudah lima buku autograph tercatat nama aku sebagai kaki mengurat. Kenapa mereka kata aku begitu?”
Norli mengigit hujung pensel.
“Bukankah kau selalu keluar dengan pelajar-pelajar lelaki? Maksud aku bertukar-tukar orang. Sebab itulah mereka kata kau begitu kepada kau.”
Mimi mencebik.
“Aku bukan buat apa-apa. Aku Cuma keluat makan. Itupun salah? Tak boleh? Aku tak sukalah mereka label aku macam itu!” tingkah Mimi.
Norli menggeleng-geleng.
“Hmm..kalau JR dapat tahu, habislah peluang aku!” kata Mimi dalam hati pula.
“Aku dah cakap, aktiviti buku autograph tu akan menimbulkan rasa tidak puas hati!” tempelak Norli. “Sekarang kau marah-marah apabila kena label kaki mengurat. Apa pula perasaan rakan-rakan lain jika ada yang melabel mereka lebih teruk lagi. Tentu tersinggung dan mula bermasam muka!”
Mimi mengangkat bahu.
“Taklah sampai macam tu! Aktiviti ini bukan untuk medan sengketa!”
“Habis tu, kenapa kau marah apabila dilabel kaki mengurat? So, angaplah sahaja itu sebagai satu gossip dan dijadikan kenangan apaila kita dewasa nanti!”
“Mereka melampau!” kata Mimi. Air matanya mula menitik. Sebenarnya, dia sendiri tidak mengerti perasaanya kini. Sejak terpandangkan JR tempoh hari, hatinya mudah terusik.
Mimi meluru keluar dari bilik Norli sambil mengesat air matanya. Dia masuk ke biliknya lalu menghempas diri di katil. Dia menangis.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aida melepaskan sebuah keluhan. Terasa ringan sedikit beban perasaannya.
Aida dan Herman sedan duduk di pinggir padang sekolah. Aida cuba menahan sebak di dadanya. Air matanya semakin bergenang.
Herman, aku rasa kita tak berusaha untuk mengekalkan hubungan kita. Setiap kali bertemu kau dan aku asyik bertengkar.”
Herman tidak menjawab. Dia memandang kea rah padang yang luas mennghijau itu. Kemudian dia melepaskan satu keluhan.
“Entahlah Aida. Aku tak tahu apa yang baik buruk pada masa ini. Mungkin kita perlu masa untuk berfikir sekali lagi.”
Mendengarkan kata-kata Herman itu, ari mata Aida tak dapat dibendung lagi lalu menitik setitik demi setitik.
“Herman..”
Aida tidak dapat meneruskan kata-kata. Kerongkongnya rasa tersumbat. Lagipun, sudah tak ada gunanya Aida merayu kepada Herman.
Aida sudah menjangka perkara begini akan berlaku. Sejak kebelakangan ini, setiap pertemuan dengan Herman akan berakhir dengan sebuah pertengkaran.

BERSAMBUNG…

No comments:

Post a Comment