Powered By Blogger

Tuesday, January 11, 2011

kahwin??

Semalam encik boyfren ckp satu benda yang tak terduga. Nak tahu tak apa? Haa.. Dia ajak kahwin.

Aku time tu apa lagi memang otak pending la time tu jugak. Dia cakap dia sayang kat aku..

Aku memang sayang sangat kat dia jugak. Tapi bila fikir balik aku ni layak dah ke kahwin sedangkan aku baru

berumur 20 tahun. Dan dia ajak aku kahwin tahun depan. Kiranya bila umur aku time tu pun baru 21 tahun.

Dan encik boyfren akan berumur 27 tahun next year. Aku cerita kat kawan aku yang aku encik boyfren ajak aku

kahwin next year yang kawan aku ni sengal dia boleh cakap macam ni " Wah bagus la kalau kau kahwin awal

boleh aku bangga kat kawan aku nanti. Aku nak cakap kat kawan aku, yang kau kahwin awal.

Umur 21 tahun dah kahwin aku umur 21 tahun tak kahwin. Ades memang sengal la kawan aku ni.

Tapi aku kenala serius dalam relationship ni. Xboleh main-main lagi. Encik boyfriend pernah cakap kalau dia percayakan seseorang dia akan percaya tapi kalau dia dah tak

percaya tengok muka pun dah xnak tengok. InsyaAllah aku akan cuba untuk loyal kat dia. Aku harap kali ni aku

tak ulang balik perbuatan apa yang aku buat sebelum ni. Dan aku harap apa yang aku buat ni adalah keputusan

yang tepat. Aku tak mahu kesilapan yang sama berulang kembali. Sebab dulu aku pernah ada seorang yang suka

kat aku, tapi aku tak boleh nak suka kat dia disebabkan aku ada seseorang yang aku suka. Dan disebabkan itu

aku telah menolak mentah-mentah perasaan dia terhadap aku dengan memilih orang yang aku suka.

Tapi last sekaili hubungan aku dengan dia tidak bertahan lama. Hanya tiga bulan sahaja. Dulu aku pernah

bertanya kepada kawan aku aku patut memilih siapa Encik A atau Encik B dan kawan aku telah memilih

Encik B untuk aku tapi aku ni dulu jenis tak dengar cakap aku telah memilih Encik A. Last sekali hubungan tu

terputus begitu sahaja cuma kali ni aku berharap apa keputusan yang aku buat selama ni betul sebab hal kahwin

ni bukanla hal yang boleh dibuat main. Kita nak hidup dengan orang yang kahwin bukan untuk seminggu dua

mahupun sebulan dua, kita hidup dengan orang yang kita kahwini kalau boleh untuk sehabis umur kita.

Meniti usia tua bersama-sama. Cuma satu la yang aku harapkan semua yang berlaku ni ada hikmahnya dan aku harap semua berjalan

lancar dan harap-harap aku kahwin la ya tahun depan..ahaks.


P/s: gatal juga ya aku ni...

No comments:

Post a Comment